top of page

Laporan Cuaca : Sinar Ke-Emas-an - Harga Emas & Analisis Terkini (HEAT) Wave 22 Ogos 2023


Laporan Cuaca : Sinar Ke-Emas-an

Harga Emas & Analisis Terkini (HEAT) Wave 22 Ogos 2023


Harga Emas hari ini berada di sekitar $1,896/oz, bersamaan $60.75/g. USD $1 : RM 4.65


R1 : $1,906/oz

R2 : $1,942/oz

S1 : $1,887/oz

S2 : $1,884/oz

R1, R2 bermaksud Resistance 1, Resistance 2; S1, S2 bermaksud Support 1, Support 2.


Analisis :

1. Harga terkini pada $1,896/oz adalah lebih tinggi daripada harga sejak Khamis minggu lepas.

2. Perbezaan lebih 4% daripada harga tertinggi dalam 2 bulan lepas menunjukkan kita hampir kepada masa yang paling baik untuk beli GAE10X. Perbezaan lebih 8% daripada harga tertinggi tahun ini pula mengutuhkan keyakinan kita terhadap ‘price point’ ini.

3. Sentimen Harga Emas - ‘Bearish inclined towards Trend Reversal’. Sekiranya harga Emas memecahkan garisan dengan bulatan oren dalam carta di atas, ianya merupakan indikasi terbaik untuk memastikan bahawa pergerakan harga Emas sedang menukar arah untuk jadi ‘Bullish’.


Cadangan :

1. Kumpulkan dana anda untuk beli beberapa unit GAE10X dalam masa beberapa hari atau 1-2 minggu. Sekiranya harga Emas menukar arah dan pecah garisan dengan bulatan oren, in shaa Allah boleh membawa keuntungan yang tinggi dalam jangka masa beberapa bulan sehingga ke 2 tahun in shaa Allah.

2. Sekiranya anda beli sekarang ataupun sudah pun beli sebelum ini, dan harga turun, beli lagi unit GAE dengan strategi Dollar Cost Averaging tapi di paras harga paling rendah. Sasaran tempoh keuntungan adalah paling lama dalam lingkungan 2 tahun seperti unit-unit kita sebelum ini.

3. Pastikan perbelanjaan harian anda disandarkan dengan Emas sentiasa dengan menggunakan GSA-GCA. Pastikan duit perbelanjaan kita sudah jadi Emas dahulu sebelum dibelanjakan.


*Setiap cadangan dan analisis adalah berdasarkan harga, carta, berita dan keadaan semasa.


*Setiap pembeli Emas harus cakna akan ganjaran serta risiko pembelian Emas.


Coach Syed

Goal Coaching Agency

88 views0 comments
bottom of page