top of page

HEAT - Harga Emas & Analisis Terkini


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.


Recap :

Hari ini, harga Emas berada di sekitar $1,898/oz, bersamaan $63.95/g. Corak pergerakan harga Emas kini pada jangka waktu masa pendek boleh dianggap sebagai ‘sideways’ atau tidak menunjukkan momentum tinggi untuk naik mahupun turun dengan mendadak. Berikut merupakan paras harga yang perlu kita ambil tahu untuk bertindak dengan strategi yang menguntungkan.


R1 : $2,004/oz

R2 : $2,020/oz

S1 : $1978/oz

S2 : $1,959/oz


R1, R2 bermaksud Resistance 1, Resistance 2;

S1, S2 bermaksud Support 1, Support 2.


Analisis :

Sekiranya harga Emas naik mencecah R1 - $2,004/oz, siap sediakan wang pelaburan anda kerana kita mungkin akan menyaksikan peningkatan pada harga Emas pada masa terdekat. Pembeli perlu berjaga-jaga agar tidak membeli terlalu banyak pada harga ini. Harga Emas telah pun turun lebih rendah daripada Support line sebelum ini pada $1,992/oz, maka bersedialah untuk jual unit anda yang sudah untung, jika masih ada - dan sediakan wang pelaburan untuk ‘reenter’ atau beli unit GAE10X pada harga yang baik. Pada harga ini, pembeli sebaiknya ketepikan sejumlah wang pelaburan untuk membeli dengan beberapa harga berbeza. Jika ada modal untuk beli 10 unit, bahagikan kepada 4 atau 5 kali pembelian.


Cadangan :

Memandangkan pembelian GAE10X minima masih 10 unit sehingga 30 April, dan harga Emas pun sedang agak tinggi, maka kami cadang agar tidak focus pada GAE10X buat sementara ini. Ataupun, gunakan modal membeli GAE10X ini sebagai langkah untuk menaiktaraf diri anda sendiri sebagai seorang Dealer. Caranya? Beli menggunakan akaun suami, isteri, anak, atau Enterprise sendiri yang berdaftar bawah nama anda. Cukup 30 unit pembelian GAE10X daripada ‘client’ anda dan 5 orang yang membeli minima 1 unit, anda boleh naik taraf jadi seorang Dealer.


Walaupun harga ini masih kurang sesuai untuk pembelian GAE10X, namun untuk GSA-GCA ianya merupakan peluang yang baik kerana tujuan utama kita adalah untuk menambahkan Nilai Aset Bersih kita menggunakan pembelian Emas di QM. Fasiliti GCA ini adalah sangat baik dan setahu saya, tidak didapati di mana-mana platform/kedai lain yang patuh Shariah. Ini adalah peluang untuk meningkatkan Nilai Aset Bersih tanpa menggunakan 100% modal kita. Emas dapat, duit pun dapat balik.


131 views0 comments
bottom of page