top of page

Harga Emas & Analisis Terkini (HEAT) Wave - 7 Jun 2023


Harga Emas & Analisis Terkini (HEAT) Wave - 7 Jun 2023


Hari ini, harga Emas berada di sekitar $1,958/oz, bersamaan $62.95/g. USD $1 : RM 4.62


R1 : $1,965/oz

R2 : $1,972/oz

S1 : $1,955/oz

S2 : $1,951/oz


R1, R2 bermaksud Resistance 1, Resistance 2; S1, S2 bermaksud Support 1, Support 2.


*Analisis : *

1. Pergerakan Harga Emas merendah sedikit dalam waktu para pelabur sedang menunggu keputusan US CPI (Consumer Price Index) dan FOMC (Federal Open Market Committee). Keputusan US CPI ini mungkin akan pengaruh keputusan Fed untuk berhentikan sebentar peningkatan kadar faedah (pause interest rate hike) atau naikkan. Jika Fed memutuskan untuk pause rate hike, maka harga Emas mempunyai momentum untuk meningkat sehingga ke $2,000/oz.

2. Sekiranya Fed tidak berhentikan peningkatan kadar faedah, dan meningkatkan sebanyak 25 bps (25 ‘basis points’ adalah 0.25%), maka ia akan menghindari kenaikan harga Emas. Keputusan CPI adalah pada hari Selasa, dan Fed meeting adalah pada hari Rabu.

3. Analisis pada carta menunjukkan harga Emas telah cuba beberapa kali untuk memecahkan benteng harga R1. Dengan 70% daripada pasaran menjangkakan Fed akan pause interest rate hike, ada kemungkinan yang momentum harga Emas akan meningkat sehingga ke harga dalam lingkungan $2,000/oz.


*Cadangan : *

1. Cadangan masih sama iaitu untuk gunakan 10% daripada Dana Pelaburan anda untuk beli GAE10X pada harga sekarang. Namun, sekiranya anda sudah beli dan kekurangan dana pelaburan sekarang, focus sahaja pada GSA-GCA dan tunggu keuntungan daripada unit GAE10X anda yang lepas.

2. Sekiranya harga turun, beli lagi unit GAE10X dengan strategi Dollar Cost Averaging.

3. Pastikan perbelanjaan harian anda disandarkan dengan Emas sentiasa dengan menggunakan GSA-GCA.


*Setiap cadangan dan analisis adalah berdasarkan harga, carta, berita dan keadaan semasa.

*Setiap pembeli Emas harus cakna akan ganjaran serta risiko pembelian Emas.


Coach Syed

Gold Coaching Agency

29 views0 comments
bottom of page