top of page

Harga Emas & Analisis Terkini (HEAT) - 17 Mei 2023


Harga Emas & Analisis Terkini (HEAT) - 17 Mei 2023


Recap :

Harga Emas berada dalam keadaan ‘sideways’ di paras $2,000-2020/oz untuk beberapa hari lepas. Ramai yang tertanya apa yang patut buat, dan kami suggest untuk jangan beli banyak, maximum 20% daripada dana pelaburan. Terkini harga telah jatuh ke paras $1,980/oz, jangan risau kerana pelaburan adalah dalam pelaburan Emas. Sebab tu hanya guna 20% daripada dana pelaburan anda, supaya boleh praktikkan strategi Dollar Cost Averaging.


R2 : $2,004/oz

R1 : $1,983/oz

S1 : $1,977/oz

S2 : $1,956/oz


R1, R2 bermaksud Resistance 1, Resistance 2; S1, S2 bermaksud Support 1, Support 2.


Analisis :

Kini harga Emas baru melepasi S1 sebelum ini pada $1,983/oz dan terkini, S1 yang baru adalah pada $1,977/oz. Kali pertama diuji adalah pada bulan April. Walaupun sudah melepasi $1,983, namun harga masih kekal sekitar harga tersebut dan tidak menunjukkan kejatuhan harga yang drastik, menandakan bahawa Support Level tersebut memang kuat. Sekiranya ia dapat naik semula menembusi R1 pada $1,983/oz, secara teknikal, kelihatan harga Emas akan terus memuncak. Sekiranya S2 ditembusi, maka harga Emas kebarangkalian akan terus jatuh.


‘Debt ceiling’ atau Siling Hutang di US di, kelemahan sistem Bank di Amerika yang telahpun ditutup ataupun dijual, serta kadar faedah yang meningkat merupakan tiga isu utama yang menjadi penentu pergerakan harga Emas.


Australia and New Zealand (ANZ) Banking Group menyatakan target harga Emas pada hujung tahun ini adalah pada $2,100/oz, dan mungkin akan capai $2,200 pada tahun depan.


Cadangan :

1. Teruskan untuk beli GSA-GCA bagi perbelanjaan bulanan.


2. Teruskan untuk beli beberapa unit GAE10X, dalam 30% daripada Dana Pelaburan anda. Jika harga naik semula, in shaa Allah akan naik mencanak terus. Jika harga turun lagi, hold sahaja untuk beli pada harga lebih rendah.


3. Ajak ahli keluarga serta sahabat semua untuk manfaatkan waktu yang istimewa ni. Ada rezeki, sama sama boleh untung 😊



*Setiap cadangan dan analisis adalah berdasarkan harga, carta, berita dan keadaan semasa.

*Setiap pembeli Emas harus cakna akan ganjaran serta risiko pembelian Emas.


96 views0 comments
bottom of page